Wednesday, September 27, 2006

Sejarah: Anda (Mahasiswa) Peduli atau Tidak?

Sejarah? Satu subjek yang akan menimbulkan perkataan ‘bosan’ didalam benak pemikiran kebanyakan anak Melayu masa kini. Bosan sangatkah sejarah? Mengapa bosan? Mungkin ianya berpunca dari sudut pandangan masing-masing yang berbeza. Kebanyakan pelajar tidak menyukai Sejarah kerana menganggap ianya adalah satu subjek yang perlu banyak penghafalan. Manakala bagi pihak yang lain, mungkin Sejarah adalah perkara lama yang tidak penting. Bahkan ada yang mengatakan ‘buat apa nak ingat hal-hal lepas, tak maju lah kita’. Dan ada juga yang menswastakan perihal sejarah kepada tokoh-tokoh sejarawan dan para pendidik sahaja.

Sebelum itu, adalah lebih baik untuk kita mengetahui pengertian sejarah itu sendiri. Menurut Ibnu Khaldun di dalam kitabnya yang masyhur iaitu Muqaddimah, Sejarah adalah disiplin ilmu yang dipelajari secara luas oleh banyak bangsa dan kaum. Dan dalam kitab yang sama, sejarah juga dikatakan, mengandungi penelitian dan usaha mencari kebenaran (tahqiq), penjelasan yang halus tentang sebab dan asal benda; pengertian dan pengetahuan tentang bagaimana dan sebab terjadinya peristiwa-peristiwa.

Sejarah seharusnya tidak boleh dipandang enteng oleh masyarakat. Tanpa adanya sejarah, tiadanya masa sekarang atau masa hadapan. Cuba bayangkan seorang individu yang tiada sejarah lampau, atau dengan kata lain, seseorang yang hilang ingatan lampaunya. Dia hanya mengetahui apa yang berlaku padanya pada masa sekarang. Adakah dia mengenali dirinya? Siapa, bagaimana, mengapa, apa, bila dan di mana pasti sentiasa menghujani benak pemikiran. Banyak drama atau filem yang menceritakan tentang kesengsaraan mereka yang hilang sejarah diri seperti ‘John Doe’[1], sebuah drama bersiri dari U.S.

Begitu juga dengan sejarah sesebuah negara, masyarakat dan budaya. Mahu atau tidak, sejarah itu tetap ada, Cuma bagaimana tindakan dan sikap manusia terhadap sejarah itu sendiri diambilkira. Sebagai golongan yang terpelajar, seharusnya kita ada perasaan mahu mengetahui kebenaran dan perkara-perkara yang tersirat di sebalik kejadian yang melakarkan peristiwa kehidupan ini. Melalui pengetahuan sejarahlah, golongan pemerintah dapat menjalankan pemerintahan, melalui sejarahlah ahli sains menempa kejayaan dalam bidang sains, dan yang utama, melalui sejarah, kita dapat mengenali Islam.

Pernyataan ini saya tujukan kepada golongan yang terpelajar; menyelewengkan sejarah adalah satu pengkhianatan yang besar dan hina oleh orang yang bijak, sikap tidak peduli tentang sejarah pula adalah satu pengkhianatan dari orang yang terpelajar tapi jahil.

[1] John Doe ialah gelaran bagi orang yang tidak dapat dikenalpasti identitinya. Manakala bagi perempuan ialah’Jane Doe’. Untuk keterangan lanjut, boleh rujuk di dalam ensiklopedia.

Oleh: Nurul Hani Mohd Hata

4 comments:

Warisun said...

tertarik saya dengan melalui sejarah kita mengenal islam. bahkan istimewanya lagi, kita dapat menegnali islam itu lebih mendalam melaui sirah RasuluLlah SAW. perkataan sirah itu sendiri lebih luas maknanya. bukan sekadar fakta tarikh,orang, masa dan tempat. Sebaliknya apa ibrah yang boleh diambil, direnung dan diajdikan panduan bekalan hidup ini. Imam Hassan Al-Banna sendiri menyeru kita, petugas2 Islam untuk mengkaji sejarah, sejarah yang suci dalam bukunya Risalah Ta'alim, penjelasan oleh Muhammad 'Abdullah al-Khatib. Hal ini juga untuk mengelakkan kita menjadi golongan isti'jal atau hammasah dalm setiap tindakan dan perilaku kita.

saya sangat berbangga dengan penulis artikel ini.Tahniah...

daripada : mahfuza bt abu nazir

Mata Telinga said...

Terimakasih banyak atas penulisan anda tentang pengertian sejarah, karena meski hanya dalam satu paragraf saja anda memberikan pengertin sejarah, itu cukup membantu saya dalammengerjakan tugas untuk mata kuliah sejarah.