Wednesday, September 27, 2006

Mencari Ilmu

Tertarik saya membaca lakaran kisah awal sebuah novel Indonesia ‘Ayat-ayat Cinta’ yang mengisahkan kegigihan watak utamanya dalam menuntut ilmu. Walaupun ketika itu musim panas menimpa bumi Mesir sehingga mencapai lebih 400C, beliau sanggup keluar sejauh lebih 50 KM di kala orang lain berlindung di rumah dari bakaran mentari. Penghormatannya terhadap syeikh yang mengajarnya di masjid dan kecintaan serta penghormatannya terhadap ilmu menjadikan dia seorang yang berdisiplin dan bersungguh dalam mendapatkan ilmu.

Mengapa saya coretkan kisah ini? Ianya sebagai renungan kepada kita mahasiswa yang kononnya mahu memperjuangkan nasib agama dan bangsa, tetapi ilmu kosong di dada. Ramai yang mengadu, kekurangan ilmu hingga menyebabkan rasa rendah diri, rasa kekosongan… namun bila datang peluang untuk mendapatkan ilmu, banyak alasan tercipta tanpa sedar atau tidak. Sedarkah kita bahawa ilmu bukanlah datang bergolek begitu sahaja, tetapi ianya memerlukan keikhlasan dan kemahuan serta usaha yang berterusan.

Rasa simpati terhadap diri yang ketandusan ilmu sudah ada. Namun, tembok halangan sikap terhadap ilmu masih menebal dalam diri. Fikirkan!
Nurul Hani Mohd Hata

No comments: