Thursday, September 28, 2006

LEBAH MADU : RAHSIA PENCIPTAANNYA

LEBAH MADU : RAHSIA PENCIPTAANNYA


Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina manusia," kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.

(Surah An-Nahl: 68-69)

"Dan Kami jinakkan mereka untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan. Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?"
(Surah Yasin:72-73)

Pusat Penyimpan Yang Maksimum Dengan Perkakas Yang Minimum

Sarang lebah yang dibina daripada lilin lebah (beewax) mampu didiami oleh 80000 ekor lebah yang hidup dan bekerja bersama. Sarang lebah mengandungi ratusan sel halus di permukaannya dan setiap satunya mempunyai saiz yang sama. Keajaiban teknik kejuruteraan ini diperolehi hasil kerjasama ribuan lebah yang menggunakan sel tersebut untuk simpanan makanan dan memelihara lebah muda (larva).

Lebah telah menggunakan bentuk heksagon untuk membina sarangnya sejak jutaan tahun dahulu lagi. Buktinya, fosil lebah telah ditemui 100 juta tahun yang lepas. Sangat menakjubkan apabila mereka memilih bentuk heksogan berbanding bentuk oktagon atau pentagon.
Ahli matematik yang mencari jawapan kepada persoalan ini telah mencapai satu konklusi menarik: "Heksagon adalah sebuah bentuk geometri yang paling sesuai untuk kegunaan maksimum sesuatu kawasan".Sebuah sel heksagon memerlukan jumlah yang paling minimum untuk pembinaannya serta memuatkan jumlah madu yang maksimum.
Oleh itu, lebah menggunakan bentuk yang paling sesuai.

Cara yang digunakan untuk membina sarang lebah ini amat menakjubkan. Lebah-lebah ini memulakan pembinaan sarangnya daripada dua-tiga tempat yang berbeza dan menganyam sarang ini serentak di dalam dua-tiga pintalan. Walau pun, mereka memulakan pembinaan di tempat-tempat yang berbeza, lebah-lebah ini, yang terdiri daripada jumlah yang besar, membina heksagon yang ideal dan kemudian menyulam sarang lebah ini dengan menggabungkannya dan bertemu di tengah.

Titik sambungan heksagon disambung dengan begitu baik hinggakan tidak terdapat sebarang tanda yang menunjukkan ia telah disambungkan. Berdasarkan hasil yang menakjubkan ini, kita terpaksa mengakui kewujudan satu kehendak penguasa tertinggi yang memerintahkan makhluk-makhluk ini. Para evolusionis cuba menjelaskan hasil ini dengan konsep "naluri" dan cuba memperkenalkannya sebagai satu sifat lebah. Bagaimana pun, sekiranya terdapat naluri dalam pekerjaan, dan sekiranya ia meliputi seluruh lebah dan menyebabkan mereka dapat bekerja dengan harmoni walau pun tanpa perlu berinteraksi antara satu sama lain, maka ini menunjukkan terdapatnya Kebijaksanaan Agung yang memerintah semua makhluk-makhluk kecil ini. Jelasnya, Allah, pencipta kepada semua makhluk-makhluk kecil ini, telah memberikan mereka "inspirasi" terhadap apa yang mereka lakukan. Kenyataan ini telah dijelaskan di dalam al-Quran empat belas kurun yang lalu

Keajaiban Madu

Madu terdiri daripada glukosa' fruktosa dan mineral seperti magnesium, potassium, kalsium dan natrium klorida, sulfur, zat besi, dan fosfat. Ia mengandungi vitamins B1, B2, C, B6, B5 dan B3 yang berubah mengikut quality nektar dan debunga. Selain itu, kuprum, iodin, dan zink pula wujud dalam kuantiti yang sedikit. Beberapa jenis hormone juga wujud dalam madu.

Seperti firman Allah di dalam Al-Quran, madu merupakan penawar untuk manusia. Fakta saintifik ini telah disahkan oleh para saintis pada 'World Apiculture Conference' yang di adakan pada 20-26 September 1993 di China. Rawatan menggunakan sumber madu tela dibincangkan semasa persidangan tersebut. Saintis Amerika secara khususnya telah menyatakan bahawa madu, madu raja, debunga dan propolis boleh menyembuh pelbagai penyakit. Malah, terdapat seorang doktor telah mencuba madu ke atas pesakitnya katarak (cataract-penyakit mata) dan mendapat 2002 daripada 2094 daripada pesakitnya telah sembuh sepenuhnya. Subhanallah…

Madu juga mempunyai banya manfaat lain, antaranya ialah:
Mudah dihadam: Ini disebabkan molekul gula yang terdapat di dalam madu boleh berubah kepada gula lain seperti fruktosa dan glukosa. Bahkan, madu boleh dihadam oleh perut yang paling sensitif walaupun mengandungi kandungan asid yang tinggi. Di samping itu, madu juga mampu membantu buah ginjal untuk berfungsi dengan lebih baik.
Kandungan kalori yang rendah: Jika dibandingkan dengan kuantiti gula yang sama jumlahnya, madu memberikan 40% lebih rendah kalori kepada badan. Meskipun madu membekalkan banyak tenaga kepada badan tetapi ia tidak menambah berat badan.
Menyokong pembentukan darah: Madu mempunyai peranan yang penting dalam membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan semasa pembentukan darah. Ia juga mempunyai kesan positif di dalam melancarkan peredaran dan pembersihan darah. Penyakit arteriosclerosis (penyakit urat nadi) dan masalah kapilari dapat dielaklan dengan mengamalkan memakan madu.
Royal Jelly: Royal Jellly ialah sejenis bahan yang dihasilkan oleh lebah pekerja di dalam sarang lebah. Di sebalik kandungan madu yang berkhasiat itu ialah gula, protein lemak, dan pelbagai jenis vitamin yang digunakan untuk mengatasi masalah kecacatan tisu.

Sebenarnya terlalu banyak khasiat dan kelebihan madu untuk dijelaskan satu persatu di sini cuma antara lain dapat dinyatakan bahawa madu juga berperanan memudahkan aliran darah di dalam salur darah dan bersifat anti-bakteria.

"Dan ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) semuanya daripadanya; Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya."
(Surah Al-Jathiyah:13)

Nurul Aiman Binti Abdul Ghafar

Matematik Kewangan
Falkuti Sains dan Teknologi KUIM