Wednesday, December 06, 2006

Uslub Tarbiyah Dari Al-Quran

Buku yang digunakan ialah Risalah Usrah, Jilid Ketiga, Bahagian Kedua Tulisan Abu Urwah. Ustaz Asyrah menjelaskan bahawa Abu Urwah adalah nama pena bagi Ustaz Saari Sungib. Beliau dahulunya merupakan ahli JIM dan sekarang ini merupakan ahli PAS yang pernah menjadi tahanan ISA. Uslub Tarbiyah Dari Al-Quran ada sembilan seperti yang dinyatakan oleh Ustaz Saari Sungib.

1) Tarbiyah melalui Qudwah
Allah mentarbiyah kita melalui Rasulullah sendiri. Baginda merupakan terjemahan Al-Quran yang terbukti dengan akhlaknya yang halus dan mulia.

2) Tarbiyah melalui Mauizoh
Mauizoh bermaksud nasihat atau peringatan kepada kebaikan dan kebenaran. Contohnya dalam kisah ketika Saidina Umar Al-Khattab yang sedang marah, akhirnya menjadi lembut hati dan memeluk Islam setelah mendengar bacaan ayat Al-Quran oleh adiknya.

3) Tarbiyah melalui Perbincangan (Al-Hiwar)
Perbincangan atau Al-hiwar ini terbahagi kepada dua iaitu Al-hiwar Khatabi dan Al-Hiwar Jadali

a) Al-Hiwar Al-Khatabi
Suatu bentuk dialog di antara Allah dan pembaca hamba-Nya. Bagi yang beriman akan terus merasakan kesannya apabila membaca Al-Quran. Kaedah Al-hiwar al-hatabi ada beberapa bentuk iaitu:

i - Peringatan kepada iman (kepada Allah)
contoh di dalam surah Al-Baqarah : 122
ii – Pertanyaan dan jawapan untuk menarik perhatian
contoh dalam surah An-Naba’ : 1-3
iii – Menikam perasaan dalam hati supaya terus beramal
contoh surah At-Taubah : 38
iv – Memberi kesan kepada perasaan untuk bersyukur kepada rahmat Allah
Contoh dalam surah Waqiah : 68-70
V – Ejekan kepada kaum Musyrikin dan penentang
Contoh dalam msurah An-Najmu : 33-35 dan surah Al-Qalam : 44-55

b) Al-Hiwar Al-Jadali
Suatu hujah atau alasan (Allah) untuk menarik minat atau meyakinkan sseorang kepada sesuatu. Iaitu apabila seseorang membaca Al-Quran dia akan rasa tertarik, dengan timbulnya persoalan dalam diri dan dapat dijawab dengan ayat Al-quran tersebut.
Contoh dalam surah Al-Baqarah:258

4) Tarbiyah secara Tadaruj
Tadaruj bermaksud beransur-ansur. Ini dapat dilihat pada penurunan ayat Al-Quran yang diturunkan secara berperingkat iaitu mengikut marhalah. Contohnya hukum pengharaman arak.

a) Marhalah pertama
Allah berfirman bahawa keburukan arak dan
judi itu melebihi dari kebaikan
Surah Al-Baqarah: 219

b) Marhalah kedua
Allah melarang solat dalam keadaan mabuk (arak)
Surah An-Nisa’ : 43

c) Marhalah ketiga
Allah mengharakan terus arak.
Surah Al-Maidah : 90-91

5) Tarbiyah dengan Mengulangkan Sesuatu Perkara
Allah mengulang beberapa perkara yang sama di dalam ayat atau surah yang berbeza.

a) contoh 1
Perbandingan hari akhirat dengan dunia
Surah Al-Mukmin : 39, Surah Al-‘Ala : 17 dan Surah An-Nisa : 77

b) contoh 2
Ancaman azab neraka bagi orang yang tidak beriman kepada Allah
Surah Al-Ma’idah : 41
Surah Az-Zumar : 25-26

c) contoh 3
Anugerah pahala bagi orang yang beriman kepada Alah

6) Tarbiyah Melalui Kisah-Kisah
Allah mentabiyah kita melalui peristiwa dan kisah-kisah semasa zaman terdahulu.

a) Melalui sejarah yang berlaku pada suatu zaman dan tempat yang tertentu (khusus) serta pada kaum yang tertentu.

Contohnya kisah yang berlaku pada para anbiya’ yang terdapat dalam beberapa surah.

b) Melalui kisah-kisah yang pernah berlaku
Contohnya kisah perbalahan anak-anak Nabi Adam iaitu Qabil dan Habil.

c) Melalui Kisah Tamsiliah (misalan)
Kisah yang tidak berlaku tetapi mungkin berlaku. Contohnya di dalam surah Al-Kahfi : 32-43 mengenai dua orang pemuda yang Allah jadikan misalan.

Kesan Allah tampilkan kisah-kisah ini di dalam Al-Quran:
· Kita akan turut menyanjungi dan memuji peribadi yang soleh untuk dicontohi sekaligus benci pada orang yang bersifat zalim seperti firaun.
· Mampu membina sifat rabbani di dalam diri dengan mendidik jiwa mencintai Allah.
· Mendidik dirik benci kepada kekufuran dan ingin menentangnya.
· Mempelajari kaedah atau hujah-hujah yang para Nabi gunakan untuk mematahkan hujah-hujah orang kafir.
· Meyakinkan kita dengan bantuan Allah (ma’uanah Allah)

7) Tarbiyah dengan Menggunakan Perumpaman
Perumpamaan yang digunakan supaya manusia berfikir. Bentuk perumpamaan yang disebut di dalam Al-Quran ialah :

a) Menyamakan sesuatu yang ingin dijelaskan kebaikan atau keburukan dengan sesuatu yang sudah diketahui kebaikan dan keburukan

b) Menyentuh sesuatu perkara dan membandingkan dengan perkara yang lain yang ada persamaan antara keduanya untuk menjelaskan perbezaannya
Surah Muhammad : 1-3

c) Menerapkan mustahil ada persamaan bagi sesetegah perkara
Surah Al-Hajj : 73

Surah Ibrahim : 25
Surah Al-Hajj : 21
Surah Jumaah : 5
Surah Hud : 24


8) Tarbiyah Melalui Kejadian
Iaitu kisah di sebalik sesuatu kejadian yang menyebabkan Allah menurunkan sesuatu ayat tertentu (ashabul nuzul).

9) Tarbiyah melalui ancaman seksa dan dorongan pahala
- targhib ialah memberi galakan dengan janji pahala dan ganjaran syurga
- tarhib ialah memberi ancaman dosa dan azab neraka.


Nurul Aiman Bt Abdul Ghafar
1st year, Financial Mathematics
Falculty Science And Technology
Universiti Sains Islam Malaysia