Wednesday, September 27, 2006

The Pirates of Carribean ( Dead Men’s Chest )





Filem The Pirates of Carribean Dead Men’s Chest adalah
kesinambungan daripada episod yang pertama, The Black Pearl. Filem ini telah ditayangkan serentak diseluruh dunia dan mengambil waktu penayangan pertama pada musim panas di Amerika. Ia ditayangkan ketika umat islam di Lubnan diserang hebat oleh Israel. Walaubagaimanapun, isu Israel- Lubnan langsung tidakmembuka mata rakyat sedunia khususnya rakyat amerika dan britain berbanding dengan penayangan filem ini. Oleh sebab itu filem ini berjaya memecah rekod paling tinggi ditonton sepanjang industri perfileman Hollywood.

Jika dilihat pada jalan cerita filem ini, ia mengisahkan seorang kapten lanun pada zaman era pengkolonian British dimana lanun ini mempunyai masalah dengan pihak tentera British dan mempunyai misi tersendiri. Para karyawan barat nampknya gemar menghasilkan filem yang tidak berpijak pada bumi yang nyata. Merka gemar menonjolkan kepakaran mereka dalam menggunakan teknologi zaman sekarang bagi menghasilkan filem bermutu. Ia seolah-olah menjadi trend pembuat filem barat. Bahkan sebelum barat, jepun sudah menguasai bahagian ini. Ini menunjukkan barat tidak akan senang duduk selagi mereka tidakmampu mendahului pesaing mereka. Sifat ini sebenarnya bagus jika dilihat dari segi penguasaan ilmu pengetahuan. Walaubagaimanapun jika digunakan dalam mencari kemewahan dunia, ia tidak membawa sebarang erti.

Menjelajahi synopsis filem ini, ketua lanun dianggap sebagai hero yang mampu menyelamatkan anak kapal dan rakannya walaupun watak lanun ini dibentuk seperti seorang pemabuk dan tidak berfikiran panjang. Adakah ini menunujukkan identity masyarakat barat sekarang? Ini kerana watak sesuatu lakonan dihasilkan dengan merujuk keadaan masyarakat sekeliling juga. Lihatlah keadaan dunia sekarang selepas tindakan yang dilakukan oleh individu yang tidak berfikir panjang dalam membuat keputusan. Banyak masalah yang timbul selepas daripada sesuatu keputusan diambil.

Pada masa yang sama turut digambarkan bahawa manusia yang mempunyai pekerjaan yang teruk dan pada masa yang sama mampu untuk menolong manusia lain akan dianggap mulia. Kita boleh lihat kisah Robin Hood. Kisah ini gah bukan sahaja di barat malah seantero dunia. Semua sudaj mengetahui akan karakter si Robon Hood. Walaupun perbuatan mereka bertentangan dengan norma kehidupan manusia tetapi jika wujudnya eleman murni,maka seolah2 ia menuutup perilaku tersebut.





Pada sebahagian filem ini, ada ditonjolkan bahagian kepercayaan mereka terhadap bomoh dan jampi serapah. Dunia sekarang tidak boleh lari dengan kepercayaan animinisme. Kita dahulu sudah didedahkan dengan kepercayaan ini kerana kurangnya penggunaan akal dalam memikirkan logiknya sesuatu perihal tersebut. Tapi sejak tamadun berkembang ia seolah2 dipinggirkan walaupun masih ada yang mempercayainya. Begitu juga dalam filem ini,walaupun hidup dalam dunia teknologi,mereka masih mahu menjelaskan peranan yang dimainkan oleh bomoh untuk menyelesaikan masalah. Ia berlaku diseluruh dunia dan tiada siapa yang mampu menyangkalnya.

Sebagai kesimpulannya filem ini mendapat sembutan di barat kerana gabungan pelbagai elemen. Ia masih menonjolkan elemen kasih-sayang, kesetiaan dan kepercayaan terhadap ketua lanun walaupun bodoh dan kepercayaan terhadap bomoh. Inilah yang membuatkannya popular di barat.

Oleh : aimadia

No comments: