Tuesday, September 26, 2006

LEBAH

“Dan Kami turunkan kepadamu Adz-Dzikr (Al-Qur’an), agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan.”
( An-Nahl, 16:44)
Penjelasan bagi ayat dari surah an-nahl (16:44) di atas, Allah mengajak hambaNYA untuk merenung dan berfikir di atas segala ciptaan agungNya di atas muka bumi ini. Ini kerana Allah mahu hambaNYA sentiasa menggunakan kelebihan minda mereka untuk mengetahuidan memahami segala keajaiban dan makna tersembunyi di dalamsetiap penciptaanNYA. Ini kerana memikirkan mengenai penciptaanNYa adlah merupakan salah satu bntuk ibadah apatah lagi membuat kajian bagi menambahkan lagi ketakjuban dengan sifat Allah sebagai pencipta yang agung (al-khalid). Pada masa yang sama setiap hal yang kita renungkan akan membantu kita untuk lebih mengetahui dan mengakui akan Kekuasaan, Kebijaksanaan, Ilmu, Seni dan sifat-sifat Allah yang lain.

Dalil
Dan Tuhan telah mewahyukan kepada lebah:
"Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia," kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.
( An Nahl, 16:68-69)
Bees
Lebah atau lebah madu adalah di bawah spesis Hymenoptera. Serangga ini hidup dalam kelompok mereka sendiri yang besar. Kehidupan seekorlebah seolah2 sudah diatur mengikut organisasi tersendiri. Setiap sarang lebah dihuni oleh seekor ratu bagi setiap masyarakat lebah madu. Sang ratu adalah lebah paling besar di antara lebah-lebah betina. Ia bertelur pada waktu-waktu tertentu. Lebah mempunyai kitar hidup metamorfosis yang lengkap dimana yang keluar dari telur adalah ulat-ulat putih yang disebut larva. Larva itu tanpa mata dan sayap atau kaki. Kemudian, dalam beberapa waktu mereka akan membentuk kepompong. Sementara itu, mereka akan diberi makan oleh lebah pekerja sehingga keluar dari kepompong sebagai lebah dewasa. Sikap saling melengkapi dan memahami yang wujud dalam kehidupan lebah menjadikan mereka mampu hidup lama dan terus berkembang.
Workaholic
Walaupun tinggal dalam komuniti yang sesak, mereka mampu hidup damaidengan menjalankan tugas masing2.Setiap lebah bekerja keras dan melakukan tugas dengan bersungguh2. Tugas2lebah merangkumi membersihkan sarang, mengumpulkan makanan dan membawanya ke sarang, membuat madu, menghangatkan sarang dan menjaganya. Bagi lebah madu betina tugas mereka hanya membersihkan kamar-kamar sarang. Mereka mengeluarkan kotoran yang ditinggalkan lebah-lebah yang menetas dari kepompong mereka, lebah-lebah yang mati di dalam sarang dan segala sesuatu yang bukan berasal dari bahagian sarang. Jika diperhatikan lebah2 mampu mengawal komuniti mereka dengan baik melalui sikap bekejersama tanpa persengketaan. Sikap memahami tugas masing2 menjadikan lebah hidup harmoni. Jikalau manusia mampu untuk adapt perilaku serangga sekecil ini, bayangkanlah kesannya dalam kehidupan sekarang. Memang memalukan bagi makhluk Allah yang diberi akal tapi tidak memikirkan kehebatan perilaku makhluk ciptaanNya yang lain.
Propolis
Propolis (getah lebah) ialah sejenis zat yng dihasilkan oleh lebah digunakan untuk membuang kotoran yang boleh membawa kepada kewujudan bacteria. (lebah yang mati atau kotoran dapat membahayakan lebah-lebah di dalam sarang) Ini kerana propolis ialah zat anti bacteria iaitu zat yang dapat mencegah bacteria untuk tumbuh. Penghasilannya ialah -Pertama, memakai rahang bawahnya, mereka mengumpulkan zat yang disebut resin dari tunas berlendir pada pohon-pohon tertentu. Mereka kemudian membuat propolis dengan mencampur resin tersebut dengan air liur mereka, dan mengangkutnya ke sarang dalam kantung khusus pada kaki mereka. Propolis juga digunakan untuk menambal keretakan pada sarang. Setelah ditambalkan pada retakan, ia mengering ketika bereaksi dengan udara dan membentuk permukaan yang keras. Dengan demikian, sarang dapat bertahan dari ancaman luar. Lebah menggunakan zat ini hampir dalam semua pekerjaan mereka. Sampai di sini, berbagai pertanyaan muncul dalam fikiran. Bagaimana lebah mengetahui bahwa zat tersebutlah yang terbaik? Bagaimana lebah menghasilkan suatu zat, yang hanya mampu dibuat manusia dalam lab dan menggunakan teknologi, serta dengan pemahaman ilmu kimia? Bagaimana mereka mengetahui bahwa serangga yang mati dapat menimbulkan tumbuhnya bakteri dan bahwa pembalsaman akan mencegah hal ini? Sudah jelas lebah tidak memiliki pengetahuan apa pun tentang ini. Lebah hanyalah seekor serangga yang panjangnya 1-2 cm dan ia melakukan ini semua dengan apa yang telah diilhamkan olehNya
Hexagon
Sudah diketahui umum sarang lebah berbentuk hexagon (segi 6). Tapi mengapa segi 6?Mengapa bukan segi 3, 4 or selainnya? Sudut bahagian dalam kotak sarang sendiri adalah hal yang penting. Setiap sudut dalam mesti menepati 120 darjah. Bentuk segienam petak-petak sarang lebah memungkinkan penyimpanan madu dalam jumlah yang banyak. Jika dilihat dari sudut geometri, ia sebenarnya menggunakan seluruh ruang antara petak2 sarang ini.
Cara2 penghasilan petak sarang lebah::
Cara yang digunakan untuk membina sarang lebah ini juga amat menakjubkan: lebah-lebah ini memulakan pembinaan sarangnya daripada dua-tiga tempat yang berbeza dan menganyam sarang ini serentak di dalam dua-tiga pintalan. Walau pun, mereka memulakan pembinaan di tempat-tempat yang berbeza, lebah-lebah ini, yang terdiri daripada jumlah yang besar, membina heksagon yang ideal dan kemudian menyulam sarang lebah ini dengan menggabungkannya dan bertemu di tengah. Titik sambungan heksagon disambung dengan begitu baik hinggakan tidak terdapat sebarang tanda yang menunjukkan ia telah disambungkan. Para evolusionis cuba menjelaskan hasil ini dengan konsep "naluri" dan cuba memperkenalkannya sebagai satu sifat lebah.
Hebat, bagaimana lebah tahu menjimatkan ruang sebaik mungkin tanpa wujud ruang kosong antaranya. Inilah yang dikatakan sebagai ilham kurniaanNYA. Mereka juga menggunakan kelebihan mencipta sarang dengan sebaiknya bagi mengumpul madu dengan cara efektif dan semaksimum mungkin . Selain itu, kedudukan sarang lebah dengan tanah juga sangat penting. Jika tidak kemungkinan semua madu yang disimpan akan tumpah ke tanah. Kebijksanaan dalam peraancanagn yang dilakukan olehlebah2 menunjukkan wujudnya Pencipt agung yang jelas menguasai alam ini.
Honey
Hampir semua orang tahu bahwa madu adalah sumber makanan pentingdan penawr bagi manusia, tetapi berapa orangkah yang menyedari kelebihan dan keistimewaan lebah. Kemungkinan hanya segolongan mereka yang bekerja dalam bidang yang melibatkan lebah hanya arif dengan makhluk kecil Allah ini.
Sebagaimana yang kita ketahui, sumber makanan lebah adalah madu bunga (nektar), yang tidak dijumpai pada musim dingin. Oleh kerana itulah, lebah mencampur nektar yang mereka kumpulkan pada musim panas dengan cairan khusus yang dikeluarkan tubuh mereka. Campuran ini menghasilkan zat bergizi yang baru -iaitu madu- dan menyimpannya untuk musim dingin akan datang.
Jika dilihat lebah mengumpulmadu melebihi had pengunaan sebenar mereka. Pertanyaan pertama yang muncul pada fikiran kita adalah: mengapa lebah sanggup mengumpulbekalan madu dalam kuantiti yang bnyak dan mereka tidakmenggunakan sepenuhnya bekalan tersebut. Jawapannya, kita rujuk kepada ayat An-Nahl. Ayat tersebut ada menerangkan bahawa lebah menghasilkan madu yang berlebihan bukan untuk dirimereka tetapi diberikan kepada manusia sendiri. Sang lebah telah menghasilkan penawar untuk kita semua. Ia merupakan ilham yang diberi oleh Allah kepada lebah. Ini menunjukan wujudnya satu ikatan antara makhluk tak berakal dengan yang berakal. Oleh sebab itu kita sebagai mkhluk yang berakal tidak boleh sama sekali merasa bongkak dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini. Rasa hormat-menghormati dan kasih-sayang harus diberikan kepada makhlukciptaanNya yang lain. Jika tidak apa faedahnya Allah menciptakan mereka sebagai penghuni dimuka bumi ini?
Sebagai pengetahuan, 900 ekor lebah harus bekerja seharian untuk mengumpulkan setengah kilogram nektar. Manakala 17 ribu ekor lebah harus mengunjungi 10 juta bunga untuk menghasilkan 450 gram madu. Menakjubkan, walaupun dikurniakan tubuh yang kecil mereka masih mampu melakukan kerja melebihi kemampuan sendiri. Jikalau diperhatikan makhluk yang mempunyai saiz yang kecil mempunyai sifat rajin dan kuat berusaha. Contoh terdekat ialah semut. Mereka juga berusaha mencari makanan walaupun terpaksa membawa balik sumber makanan tersebut dalam saiz yang berlipat kali ganda dari saiz tubuh mereka. Sebagai persoalan, adakah kita pernah bersyukur dengan kehadiran makhluk kecil ini?
Begitulah kehebatan setiap ciptaan Allah. Dialah Pencipta teragung. Setiap ciptaanNya mempunyai rahsia tersendiri. Hanya menunggu kesedaran dari manusia sahaja untuk merungkaikannya. Dalam pada masa yang sama ilmu yang diperolehi mampu meningkatkan lagikeimanan kita terhadapNya. Oleh itu laksanakan seruan dariNya untuk sentisa memikirkan segala penciptaanNya.

Oleh : Ain Madiha Abdul Halim

1 comment:

Warisun said...

subhanaLlah, pendedahan beginilah yang membuka minda dan pancaindera terhadap kehebatan DIA...
tarbiyah DIA melalui makhluk yang nampak lemah di penglihatan kita...
sebagaimana juga DIA mengajar Habil mengurus jenazah saudaranya Qabil yang dibunuhnya sendiri melalui burung gagak hitam yang menanam bangkai saudaranya.

daripada : mahfuza bt abu nazir