Tuesday, September 26, 2006

Si Syahid Kecil

“Si Syahid Kecil” merupakan sebuah animasi yang berkisar perjuangan suci membebaskan bumi Palestin. Animasi dalam bahasa Arab yang mempunyai terjemahan dalam bahasa Melayu ini bermula dengan lagu yang meningkatkan semangat jihad sambil menunjukkan gambar kanak-kanak kecil Palestin membaling batu ke arah tentera Yahudi laknatullah. “Kami membawa batu-batu di celahan buku pelajaran kami…” antara lirik lagu tersebut yang mempamerkan sikap kanak-kanak di Palestin.
Watak utama animasi ini ialah dua orang kanak-kanak berbangsa Arab dalam linkungan umur 10-12 tahun. Amjad merupakan warga Palestin manakala saudaranya Umar b Ahmad seorang warga Amerika.Umar gembira untuk bercuti di Palestin tetapi sangat terkejut apabila mengetahui peperangan sedang berlaku setibanya di sana.Umar terpaksa melalui banyak pemeriksaan tentera Yahudi sepanjang perjalanannya ke rumah Amjad. Dia juga melihat seorang warga Palestin yang dipukul oleh sekumpulan tentera laknat itu tanpa belas kasihan. Setibanya di rumah saudaranya, dia mendapat berita bahawa abang Amjad baru sahaja tercedera ditembak tentera Yahudi.Umar berasa sangat takut melalui pengalaman yang tidak pernah dia jangkakan.
Keesokannya,Amjad membawa Umar melawat sebuah gua yang menyimpan potret kanak-kanak Palestin yang telah syahid. Amjad menceritakn tentang kisah salah seorang syahid kecil Muhammad Durrah yang mendapat perhatian dunia.Kisah yang menyayat hati apabila kanak-kanak itu ditembak bersama bapanya dalam perjalanan pulang ke rumah.Detik-detik peristiwa ini sempat dirakamkan oleh seorang wartawan dan disiarkan.Amjad dan Umar juga melawat Baitul Maqdis yang menjadi rebutan tiga agama, Islam,Kristian dan Yahudi.Mereka sempat bersolat di sana apabila tiba-tiba tentera Yahudi menyerang dan menembak umat Islam lain yang sedang bersolat. Mereka terselamat,Umar menyatakan kekesalannya menziarahi Palestin saat itu. Amjad segera mengingatkan Umar walaupun dia warga Amerika, tetapi dia adalah seorang muslim dan juga berbangsa Arab.Umar menyedari kesilapannya dan berazam bersama-sama berjuang membebaskan Palestin.Apabila Umar kembali ke Amerika, dia menggunakan kemudahan internet menyebarkan berita-berita dan perjuangan di Palestin.
Animasi ini berkesan membawa mesej perjuangan saudara kita di Palestin yang bukan sekadar melibatkan pejuang dewasa tetapi kanak-kanak kecil yang berjiwa syahid.Perjuangan dan penderitaan mereka juga adalah penderitaan dan perjuangan kita. Animasi seperti ini penting untuk di ketengahkan dalam masyarakat kita hingga mampu menandingi siri Harry Porter, Naruto atau Power Rangers yang jelas hanya melalaikan kita dalam alam fantasinya. Animasi ini bukan hanya sesuai kepada kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa kerana ilustrasi dan gaya penyampaian yang mudah,menarik, dan realiti.Animasi seperti ini juga perlu dijadikan srbagai satu bahan dan method dakwah.

Nik Nora Asmira

No comments: