Tuesday, September 26, 2006

ANALISA MADU LEBAH

Sebagaimana yang kita sedia tahu, madu lebah merupakan satu sumber makanan bagi lebah dan ia amat berguna kepada manusia khususnya dalam merawat penyakit. Adakah kita sebagai manusia yang diberi akal oleh Pencipta Yang Esa pernah terfikir bagaimanakah lebah-lebah ini bekerja mengumpul madu untuk keperluan mereka.? Bukan itu sahaja, malah manusia sendiri menikmati manfaat yang sama. Kita sebagai hamba seharusnya bersyukur di atas segala kurniaaan Illahi samada nikmat tersebut sedikit ataupun banyak. Dalam sebuah ayat, Allah mengingatkan manusia tentang segala nikmat yang Allah berikan kepada manusia melalui haiwan ciptaan-Nya: “Dan Kami tundukkan binatang–binatang itu untuk mereka; maka sebahagiannya menjadi tunggangan mereka dan sebahagiannya mereka makan. Dan mereka memperoleh padanya manfaat–manfaat dan minuman. Maka mengapakah mereka tidak bersyukur?” (QS. Yaasiin, (36:72-73). Bagi mengupas persoalan ini, saya telah meneliti tulisan-tulisan yang dikarang oleh Harun Yahya dan membuat sedikit analisa mengenainya.
Berdasarkan artikel-artikel yang dikarang oleh Harun Yahya berkaitan kajiannya mengenai keajaiban madu lebah, saya mendapati bahawa hebatnya ilham yang Allah Subhanahu wa Taala kurniakan pada makhluknya yang bernama lebah untuk membina struktur sarang lebah dengan begitu teliti. Sebagaimana yang diketahui bahawa manusia dibezakan dengan makhluk-makhluk yang lain dengan adanya akal. Walaubagaimanapun, kita tidak boleh menafikan bahawa Allah amat layak menjadikan apa sahaja mengikut kehendakNya. Struktur sarang lebah berbentuk heksagon dimana ahli matematik juga amat kagum dengan apa yang dibina oleh lebah kerana apabila penyelidikan dibuat, didapati bentuk tersebut paling ideal untuk lebah memuatkan kandungan madu yang diambil daripada bunga. .

Selain itu, kajian yang dibuat menunjukkan lebah mempunyai gerak kerja yang terperinci dari segi membina struktur sarangnya kerana ia memberi kesan kepada berapa banyak kandungan muatan madu yang boleh diisi di dalam sarang mereka. Rata-rata, sekitar 60-70 ribu lebah hidup dalam sebuah sarang. Walaupun populasi yang demikian padat, lebah mampu melakukan pekerjaannya secara terperinci dan teratur rapi Kaedah yang digunakan untuk membangunkan sarang lebah sangat menakjubkan. Lebah-lebah memulakan kerja-kerja pembinaan sarang dari dua atau tiga tempat yang berbeza dan menghubungkan sarangnya secara serentak dengan dua atau tiga deretan. Meskipun permulaan membina sarang dari tempat yang berbeza-beza, lebah yang jumlahnya banyak ini membuat heksagon-heksagon identik, kemudian menghubungkannya menjadi satu dan bertemu di tengah-tengah. Titik-titik sambungan dipasang dengan begitu teliti sehingga tidak ada tanda-tanda telah digabungkan
Madu lebah sangat berkhasiat terutamanya untuk tujuan perubatan. Firman Allah Taala :
Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkan. (QS. An-Nahl, 16: 69)
’Ubat bagi menyembuhkan manusia’ .Fakta ilmiah ini telah dibenarkan oleh para ilmuwan yang bertemu pada Konferensi Apikultur Sedunia (World Apiculture Conference) yang diselenggarakan pada tanggal 20-26 September 1993 di Cina. Dalam konferensi tersebut didiskusikan pengobatan dengan menggunakan ramuan yang berasal dari madu. Para ilmuwan Amerika mengatakan bahwa madu, royal jelly, serbuk sari dan propolis (getah lebah) dapat mengobati berbagai penyakit. Seorang doktor asal Rumania mengatakan bahwa beliau cuba menggunakan madu untuk mengubati pesakit katarak, dan 2002 dari 2094 pesakitnya sembuh sama sekali. Para doktor dari Polandia juga mengatakan dalam konferensi tersebut bahwa getah lebah (bee resin) dapat membantu menyembuhkan banyak penyakit seperti buasir, penyakit kulit, penyakit ginekologis dan sebagainya.
Rasullullah s.a.w sendiri gemar makan madu. Madu tersusun atas beberapa molekul gula seperti glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandung vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualitas madu bunga dan serbuk sari yang dikonsumsi lebah. Di samping itu di dalam madu terdapat pula tembaga, yodium dan seng dalam jumlah yang kecil, juga beberapa jenis hormon. Melihat kerja yang luar biasa ini, kita harus benar-benar mengakui kehendak agung yang mengatur makhluk-makhluk ini. Tetapi evolusionis menjelaskan prestasi ini dengan konsep "insting" dan cuba mengajukannya sebagai sifat sederhana pada lebah. Namun, jika ada insting yang berperanan mengendalikan semua lebah dan kalaupun semua lebah bekerja dengan harmoni tanpa saling bertukar informasi, ini beerti bahawa ada suatu kuasa Yang Maha Bijaksana yang mengatur seluruh makhluk kecil tersebut.

(NAZURAH BINTI MOHAMED KHAIDZER)

No comments: