Saturday, September 30, 2006

The Yardstick of Truth

Kayu Ukur Kebenaran (TheYardstick of Truth)

Tirai peristiwa 11 september diselak kembali. Mencari kebenaran disebalik kebenaran yang diada-adakan. Sungguh licik golongan neo-konservatif di Rumah Putih. Umpama kanser yang kian membarah dan membusuk di dalam tubuh masyarakat dunia. Bijak memainkan pemikiran manusia hingga mata-mata yang celik ditutup dengan gambaran palsu. Sengaja menebas laluan, mengorbankan yang beribu demi mencapai matlamat untuk menyerang negara-negara Islam. Kebodohan boneka Rumah Putih yang tidak sedar dirinya bertali, menggalakkan golongan Yahudi di dalamnya memainkan skrip dan irama persembahan pentas dunia.

Isu ini menggerakkan minda penulis untuk memahami apa itu kebenaran. Selain daripada peristiwa di atas, rasanya terlalu banyak pembohongan yang dilabelpalsukan sebagai kebenaran. Seakan-akan manusia yang lemah, mempunyai hak untuk mencaturkan pemikiran orang lain dengan bidai yang dicorakkan dengan warna mereka. Maka jadilah masyarakat manusia yang hanya berfikir menggunakan kekuatan akal yang lemah mengikut alur-alur kesesatan ukiran golongan dari spesis mereka sendiri.

Persoalannya, bagaimana plot rekaan mereka diterima sebagai kebenaran? Manusia sering menggelintari kebenaran, namun setakat mana kebenaran itu adalah satu kebenaran? Mari kita mengimbas teori-teori kebenaran yang telah digagaskan.

Teori Kesepadanan dan kesetujuan

Ini adalah teori yang menyatakan kebenaran tercapai apabila berlaku kesepadanan antara pendapat atau pernyataan dengan fakta dan situasi hakiki. Lebih mudah dikatakan sebagai persesuaian antara fakta dengan kenyataan.

Teori ketekalan

Sesuatu perkara itu benar apabila ianya bersepadanan atau bersesuaian dengan pengetahuan yang terdahulu.

Teori Pragmatis

Kebenaran itu adalah diukur dengan faedah atau untungnya sesuatu perkara itu.

Teori kesetiaan dan empiric

Ia menggabungkan teori kesepadanan dan teori ketekalan yakni menyatakan kebenaran merupakan kesetiaan kepada kenyataan.

Demokrasi Barat

Sesuatu perkara adalah benar apabila mendapat suara majoriti.

Teori Tarski

Kebenaran itu perlukan bukti.

Kebenaran Matematik Aflatunis (Platois)

Matematik adalah kenyataan yang muktamad.

Teori Popper

Kebenaran datang dari alam pemikiran


Teori-teori yang dinyatakan di atas merupakan teori yang telah disangkal kerana punya banyak kelemahan yang tersendiri. Ahli-ahli falsafah Yunani sering mencari kayu ukur untuk menentukan kebenaran. Namun, mereka hanya menemui kehampaan dalam usaha untuk mengatahui hakikat sebuah kebenaran itu. Lalu apabila Aristotle memperkenalkan ilmu logic atau mantik, mereka menyangka bahawa sudah ditemui penyelesaian bagi kebuntuan tersebut. Malangnya, kekecewaan juga yang ditemukan.


Teori Keislaman Klasik

Kebenaran mutlak adalah kebenaran yang terkandung di dalam Al-Quran. Manakala kebenaran relatif adalah menerusi pemikiran, akal dan budi manusia.

Teori yang kesembilan adalah teori kebenaran yang paling tepat untuk manusia. Akal fikiran perlu dibimbing dengan wahyu dari Pencipta kerana ianya amat terhad dan tidak menjangkaui dimensi-dimensi di luar kotak pemikiran manusia. Namun, kebanyakan kebenaran yang diterima manusia kini adalah berdasarkan kepada dogma-dogma yang sering dimomokkan sehingga diterima sebagai suatu kebenaran. Dan tidak pula manusia itu disuruh mencari kebenaran di dalam Al-Quran tanpa menggunakan akal fikiran langsung, kerana wahyu Yang Esa itu penuh dengan hikmah.

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang menjadi tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berakal” (Ali-Imran:190)

Rujukan:Shaharir Mohamad Zain, 2000, Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains, UKM.

Nurul Hani Mohd Hata
Thn. 3 Bioteknologi Makanan
Fakulti Sains dan Teknologi
Kolej Universiti Islam Malaysia

No comments: