Saturday, September 30, 2006

Assalamualaikum warhmatullahi wabarakatuh…….

Sekadar peerkongsian bersama….

Baru-baru ini saya ada terbaca novel ‘ Ayat-ayat Cinta’ nukilan seorang novelis Indonesia. Walaupun membacanya bukan dari huruf ke huruf (sekadar baca lompat-lompat). Dimulai dengan versi bahasa melayu dan kemudian mencuba menggunakan novel asal dalam bahasa Indonesia.. Mungkin ramai yang telah membacanya. Dan mungkin ada ramai juga yang menyukainya. Mungkin kerana jalan cerita yang ada unsur-unsur cinta yang membuatkan ramai yang menyukainya. Sehingga ada seorang sahabat mengatakan saya terlalu obses dengan novel ini. Mungkin juga tetapi apa yang nak dikongsi bersama adalah isi yang dapat dikutip dalam novel yang agak islamik ini.
Di dalam novel ini diceritakan tentang seorang mahasiswa lelaki indon yang belajar di Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang Qiraat. Namun apa yang nak ditekankan di sini bukan subjek yang diambilnya di sana tetapi adabnya menuntut ilmu. Dia seorang yang sangat menghormati ilmu. Dia sanggup bermusafir ke masjid yang sejauh 50km dari rumahnya dalam suhu mencecah 41◦C semata-mata untuk talaqqi bacaannya dengan sheikh yang juga amat sangat indhibat dengan ilmu. Kita??? Sanggup ke kalau begitu keadaannya? Kita kadang-kadang dah ada orang datang nak mengajar pun masih mahu tak mahu je. Datang pun macam tak nak belajar. Buku pun kadang-kadang malas nak bawa apatah lgi nak membacanya. Ada seorang ustaz cakap kalau kita tak hormat buku atau kitab yang kita baca atau guna umpama kita memperlekeh penulis kitab tersebut. Ha, macamana sekarang? Sanggup kita menghina alim ulama yang menulis kitab yang kita selalu guna untuk mencari ilmu. Takut tak berkat je….
Point kedua yang saya dapat dalam novel ni adalah akhlak mulia. Fahri ( nama dalam novel ni) berakhlak dengan akhlak Islamiyyah yang sebenarnya. Bukan macam orang-orang sekarang, nama islam tapi berakhlak dengan akhlak orang kafir. Dia sangat menjaga pergaulan, percakapan serta segala tindakannya dengan masyarakat sekeliling. Pergaulan dengan orang muslim, pergaulan dengan orang bukan islam, pergaulan dengan ahli rumahnya, pergaulan dengan muslimah dan pergaulan dengan semua orang semuanya dijaga baik.Dia menjadikan qudwah hasanah sebagai salah satu method dakwahnya. Sehingga ramai dikalangan non muslim dapat dipengaruhi selain usaha-usaha lain yang juga membantu proses dakwahnya. Bukan itu sahaja ramai perempuan terpesona dengan kecantikan budi pekertinya. Orang indon, orang mesir, orang jerman dan ramai lagi yang terpikat.
Seterusnya, isi yang sangat menyentuh apabila membaca novel ini ialah bagaimana seorang non muslim sangat mengagumi al-Quran, menghafaznya serta mempertahankannya apabila isi al-Quran cuba diputar-belit oleh orang islam sendiri. Begitulah usaha seorang pemudi mesir beragama Kristian Katolik yang sangat ta’sub dengan isi al-Quran serta menghafaz beberapa surah dari al-Quran seperti surah Maryam, surah al-Maidah, surah Taha serta lain-lain lagi. Tepuk dada tanya kita sendiri, berapa surah yang telah kita hafaz? Sepatutnya sebagai orang muslim kita kena hafaz semua surah dalam al-Quran. Sepatutnyalah….tapi nampaknya sekarang kadang-kadang kita sebagai muslim menghafaz sekadar nak lulus periksa lepas tu hilang semua. Malu saya ketika membaca novel ini, walupun ia hanya novel tetapi tidak mustahil kejadian seperti ini sebenarnya wujud di bumi ini. Dalam novel ini diceritakan juga Maria ( nama dalam novel ini) meninggal dunia dalam keadaan muslim setelah bermimpi bertemu dengan Maryam alaihassalam di depan pintu syurga dan Maryam alaihassalm menunggunya untuk sama-sama masuk ke dalam jannah Allah.Seronokan kalau kita ditunggu sebegitu. Semasa dia bermimpi, dia koma, semua orang di sekelilingnya mendengar dia mengalunkan bacaan surah Maryam kemudian disusuli surah Taha kemudian dia berzikir Allah……Allah…..Allah. Indahnya dia dapat bau syurga sebelum dapat masuk ke dalamnya. Nasib kita tak tahu, adakah kita dilahirkan muslim, hidup muslim mungkinkah kita masih muslim ketika menghembus nafas terakhir.. semoga kita masih kekal dalam nikmat islam dan dapat meneruskan kehidupan di dalam syurga. Ameen

Siti Maryam Jameela
Thn 3, Bioteknologi Makanan
Fakulti Sains dan Teknologi
Kolej Universiti Islam Malaysia
27 september 2006

No comments: