Saturday, September 30, 2006

Dahaga

Bulan-bulan puasa ni perkatan ini amat sinonim dengan air, betul tak? Tapi apa yang nak disampaikan di sini bukanlah kedahagaan air tetapi kedahagaan ilmu. Ramai orang selalu cakap “ ilmu di dada tak cukup lagi” ada yang lain pulak cakap “ rasa kosong tak terisi apa-apa pun” semua ayat di atas menunjukkan si penutur ingin sangat menambah ilmu yang mungkin boleh memandu hidupnya.
Walaupun bagus kita bersikap tamak dengan ilmu tetapi janganlah kita bersikap tamak untuk menyimpan ilmu tetapi tamaklah untuk mendapatkannya dan seterusnya menyampaikannya kepada orang lain. Inilah sebenarnya yang dikehendaki dan dituntut. Tanggungjawab seorang pembawa ilmu terhadap ilmunya. Barulah kita tahu setakat mana ilmu kita dan berusaha untuk menambahnya dan kemudiannya meneruskan kepada orang lain. Kita kena ada input dan output baru sempurna sesuatu proses. Seperti kehidupan kita ada input ( makan ) dan perlu ada output ( tenaga ) yang boleh memanfaatkan orang lain. Barulah sempurna hidup kita, cuba kita bayangkan kalau kita hanya makan tanpa menghasilkan sesuatu yang baik untuk orang lain seperti orang yang makan tidur, makan tidur akhirnya yang dia sumbang hanya kepada perutnya yang mungkin semakin membuncit. Badan tak sihat, otak jadi lembab. Macam juga ilmu kita, kalau setakat simpan tak digunakan untuk orang lain tiada maknanya.
Apabila kita cuba menyampaikan ilmu yang kita ada kepada orang lain walaupun sedikit, mungkin dengan itu saham kita akan berpanjangan dan berterusan hingga ke akhirat.Ameen. Kadang-kadang dah berapa kali kita hadir ke majlis ilmu yang mungkin membincangkan benda-benda yang hampir sama sahaja topiknya tetapi tidak juga masuk ke dalam kepala. Yang mungkin terlintas “ macam pernah dengar je ayat tu tpi kat mana ye”. Itu menunjukkan ilmu kita mungkin kurang diberkati, mungkin. Ada ustaz cakap kalau kita nak ilmu yang kita dapat sentiasa diberkati, diingati dan boleh digunakan pada hari lain, kita perlu ‘masukkan soket betul-betul’, maksudnya kita kena ikhlas. Kedua-dua kena ikhlas samada si pemberi ilmu mahupun si penerima ilmu. Baru betul, baru ilmu itu masuk ke lubuk hati dan melekat di sana, tak hilang. Satu lagi, macam disebut tadi, kalau kita cuba sampaikan pada orang lain, InsyaAllah ilmu itu akan sentiasa bersama kita.
Kalau kita banyak harta, mungkin kita akan rasa kekurangan jika kita beri kepada orang lain, tetapi
Kalau kita banyak ilmu, kita tidak mungkin akan kekurangan jika kita beri kepada orang lain.


Siti Maryam Jameela Ahmad Tajudin
Thn 3, Biotek Makanan
FST, KUIM
27 september 2006

No comments: