Thursday, December 07, 2006

Tarbiyah Dengan Perumpamaan (Di Dalam Al-Quran)

Assalamualaikum...

Para pembaca yang budiman,
Kali ini saya berpeluang membuat beberapa rujukan selepas menghadiri satu sesi majlis ilmu pada malam kelmarin dan hasilnya telas saya masukan ke dalam blog ini semalam. Alhamdulillah...hari ini saya ingin berkongsi pula beberapa input sebagai maklumat ambahan untuk uslub tarbiyah yang ke-7 iaitu tarbiyah dengan menggunakan perumpamaan (sila rujuk artikel sebelum ini)

Tarbiyah dengan Menggunakan Perumpamaan

1) Perumpamaan Sifat Orang-Orang Yang Beriman

· Pegangan aqidah Islamiyah yang benar umpama pohon yang kuat akar tunjangnya.
Surah Ibrahim : 24

· Orang mukmin yang mengikat diri dengan aqidah Islamiyah umpama ikatan tali yang kuat (ikatan bersimput mati).
Surah Al-Baqarah : 256

· Orang yang beriman dan melakukan perintah Allah umpama orang berniaga lalu mereka beruntung dalam perniagaannya.
Surah As-Saff : 10-11

2) Perumpamaan Sifat Orang Kafir

· Orang kafir yang enggan beriman dan tidak mendapat hidayah umpama orang yang berniaga kemudian rugi dalam perniagan kerana telah membeli kesesatan dan kebatilan.
Surah Al-Baqarah : 16

· Menyeru dan berdakwah kepada mereka namun mereka tetap ingkar ibarat memanggil binatang yang tidak memahami panggilan
Surah Al-Baqarah : 171

· Orang-orang kafir membaca kitab samawi yang diturunkan namun mengubah dan tidak mahu mengambil iktbar umpama seekor keldai yang memikul kitab tetapi tidak mengetahui kandungannya.
Surah Jumuaah : 5

3) Perumpamaan Orang Fasik

· Orang fasik sering meninggalkan perintah Allah dan melakukan dosa-dosa besar seperti orang yang lupa Allah lalu Allah lupa kepada mereka (tidak memberi hidayah)
Surah Al-Hasr : 19

4) Perumpamaan Antara Orang Islam dan Kafir
· Antara orang Islam dan orang kafir umpama orang celik lagi mendengar dan orang yang buta lagi bisu.
Surah Hud : 24

· Perbandingan keduanya umpama orang yang merdeka dan orang yang menjadi hamba abdi.
Surah An-Nahal : 75

· Di antara orang Islam dan orang kafir umpama orang yang mendengar dan orang yang pekak
Surah An-Nahal : 76

5) Perumpamaan Sikap Orang Munafik

· Umpama orang yang menalakan api dan tiba-tiba padam.
Surah Al-Baqarah : 17

· Umpama orang yang menutup telinga apabila mendengar guruh
Surah Al-Baqarah : 19



Nurul Aiman Bt Abdul Ghafar
Financial Mathematics
Faculty of Science & Technology
Universiti Sains Islam Malaysia

No comments: