Thursday, December 28, 2006

PENGHARAMAN DARAH DALAM ISLAM

Pengharaman darah dalam islam


Darah seperti yang diketahui adalah sejenis tisu yang terdapat dalam badan manusia, semua haiwan peringkat tinggi dan segolongan invertebrate. Fungsi darah adalah untuk mengangkut makanan dan oksigen ke semua sel badan. Ia juga turut mengangkut hasil buangan dari semua sel badan ke organ perkumuhan. Jika dilihat dari segi agama islam, darah sebenarnya tergolong dalam benda-benda haram untuk dimakan.
Ini telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-quran surah Al-Baqarah ayat 173 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Dia hanya mengharamkan atasmu bangkai, darah, daging babi dan daging haiwan yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah. Tetapi barangsiapa terpaksa memakannya, bukan kerana menginginkannya dan tidak pula melampaui batas,maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang”
Juga turut dinyatakan pengharamannya dalam surah An-Nahl ayat 115.

Mengapa darah diharamkan? Ini dapat dijelaskan dengan memerhati kandungan darah itu sendiri. Sebagaimana fungsi darah yang membawa bahan kumuh telah menunjukkan dan menjelaskan bahawa kandungan tersebut mampu memberi kesan buruk kepada manusia. Bahan kumuh dari badan adalah bersifat toksik
. Antara bahan kumuh yang dibawa oleh darah ialah urea, karbon dioksida, asid urik dan sebatian ammonium. Kandungan ini sebenarnya adalah bahan yang akan disingkirkan oleh darah dari sistem tubuh badan manusia melalui ginjal,peparu atau kulit. Antara bahan kumuh yang berbahaya yang dialirkan bersama darah ialah asid urik. Asid urik adalah sejenis asid organik yang terdapat dalam air kencing. Kajian telah membuktikan bahawa babi hanya mengeluarkan 2% sahaja asid urik dari tubuhnya dan selebihnya kekal di dalam tubuh. Oleh sebab itu Allah mengharamkan babi untuk kita. Sains telah menjelaskan lagi pengharaman haiwan ini dalam islam.

Pada masa yang sama, darah juga adalah tempat laluan syaitan mengikut alirannya. Maka ia dianggap kotor dan haram di sisi islam. Tidak mungkin jiwa manusia yang bersih suka akan kepadanya.
Sebagaimana hadis sahih tentang pengharaman darah adalah berikut :
“Ibnu Abbas pernah ditanya tentang limpa (thihal), maka jawab beliau: Makanlah! Orang-orang kemudian berkata: Itu kan darah. Maka jawab Ibnu Abbas: Darah yang diharamkan atas kamu hanyalah darah yang mengalir.”

Jikalau dilihat pada cara penyembelihan yang mengikut syara’, leher binatang akan dikelar untuk mengeluarkan darah terlebih dahulu. Ini kerana bahagian leher terdapatnya urat nadi dan urat-urat yang bersambung dengan organ penting dalam badan haiwan tersebut. Apabila banyak darah yang keluar melalui penyembelihan maka haiwan ini akan mati tanpa merosakkan organ dalaman. Ini kerana jika haiwan ini mati kerana rosaknya organ dalaman sepeti jantung, hati atau otak , ia akanmenyebabkan darah akan tergumpal di dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging. Daging ini akan tercemar kerana wujudnya asid urik dalam darah.

Oleh itu jelaslah bahawa darah merupakan bahan kotor dan boleh mendatangkan bahaya kepada manusia. Setiap perkara yang baik dan buruk untuk manusia sudahpun dijelaskan di dalam Al-quran. Maka yang demikian diletakkan Al-quran sebagai panduan hidup untuk manusia. Alangkah ruginya bagi mereka yang tidak menjadikan Kalamullah ini sebagai panduan mereka. Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa kewajiban, maka jangan kamu sia-siakan dia; dan Allah telah memberikan beberapa batas, maka jangan kamu langgar dia; dan Allah telah mengharamkan sesuatu, maka jangan kamu pertengkarkan dia; dan Allah telah mendiamkan beberapa hal sebagai tanda kasihnya kepada kamu, Dia tidak lupa, maka jangan kamu perbincangkan dia." (Riwayat Daraquthni, dihasankan oleh an-Nawawi)
“Barangsiapa yang memperhatikan hikmah Allah Ta'ala pada makhluk-makhluk-Nya dan syariat-Nya dan membandingkan antara keduanya, niscaya akan terbuka baginya ma'rifah asma Allah dan sifat-sifat-Nya."

Ain Madiha Abdul Halim
Bioteknologi Makanan
Tahun 1
USIM

No comments: