Monday, November 06, 2006

DUGRO 3

PENCATUR ATAU BUAH CATUR?

Seronok kiranya kita berpeluang mendalami dua objek di atas. Cukup berbeda kiranya kita fokuskan dari sisi maksud apatah lagi kiranya kita berkesempatan menjiwai seni simbolik kedua-duanya. Permainan catur dikira sempurna kiranya ada faktor-faktor di atas besertakan papan catur. Benar? Bagaimana pula kita luangkan sedikit dalam kehidupan yang cukup umum, Allah itu Pencatur kita? Perihatinkah kita bahawa jiwa-jiwa insan yang bernama Islam mula merungkai peranan Pencatur kita? Allah dan Islam kian ‘dibuah caturkan’… sedar atau buat-buat tak sedar? (cerminan kepada Aqidah). Layaklah kita ketinggalan dan diperkotak-katikan asbab kebiadaban kita yang tempah. Mungkin ini juga mempercepatkan lagi Allah menghapus bangsa kita sekaligus melahirkan bangsa lain yang lebih layak memakmurkan alam ini. Teruskan kita membiarkan sekaligus membuta tuli kiranya kita kebal berdepan Api Neraka Yang Maha Keras Siksaan.

Kecilkan sedikit ruang lingkup kehidupan… Ingatkah kita siapa yang sedang memimpin dunia kini? Hegimoni mana yang sedang mencatur aksi-aksi semua pelusuk benua termasuk Asia? Maaf, jangan meremehkan pertanyaan ini kerana kebenarannya terserlah hingga yang hak sanggup diketepikan kiranya berserenjang dengan polisi hegimoni tersebut. Celakanya pemimpin-pemimpin di seluruh dunia termasuk Negara Islam sanggup ‘dipercaturkan’ bukan sekadar itu, menjadi tenaga penggerak kepada agenda hegimoni tersebut. Menyayat hati bila menekuni bait kata-kata Nabi Muhammad yang kita hidup di zaman umat Islam hilang mutu hanya kuantiti yang berbaki angkara penyakit mendalam cinta kepentingan dunia dan cuak mendepani kematian hingga tak mahu taat kepadaNya. Natijahnya, umat Islam umat tertindas dan terhimpit akibat kegagalan serasian ulama-umara’ berkobalarasi memacu ummah. Orientalisme sedang menguasai global, di mana menghilangnya oksidentalisme? Malangkan kita?

Beralih pula kepada Malaysia, siapa sebenarnya yang berkuasa di Negara kita? Demokrasi kita berjalan lancar hingga natijahnya lahir diskriminasi? Ekonomi kapitalis memperkudakan kita terang lagi bersuluh. Yang kaya kian kaya, yang miskin kian merana. Pemimpin dirakyatkan atau rakyat dipemimpinkan? Pendidikan kita diteraskan kepada apa? Teringat, kita tiada pendidikan sebaliknya pelajaran. Falsafah pelajaran hanya terbatas diperingkat keuntungan murahan dunia hingga mula mengsampingkan nilai moral nyatalah lagi akhlaq. Kesiannya kita..

Maaf, membumi sedikit… semantik perkataan universiti berasal daripada perkataan apa? Kemulian ilmu mula dihilangkan oleh kotoran materialistik. Ilmu diperdagangkan hingga ilmu dieksklusifkan semata-mata memenuhi perut industri serta pasaran perdagangan sahaja. Picisan sungguh kualiti yang tersurat daripada segulung ijazah, disempitkan lagi dengan matlamat semata-mata bekerja dan mengumpul kekayaan hingga memenuhi tuntutan nafsu. Mahasiswa dianalogikan sebagai produk dan universiti sebagai kilang, tidak lebih daripada itu. Soal displin ilmu mula pupus. Mahasiswa ditekan oleh banyak faktor termasuk masa, skop subjek dikecilkan hanya kepada sebuah atau beberapa buah buku, atau hanya bergantung kepada nota-nota kuliah. Kepimpinan mahasiswa sebagai juak-juak dan buah catur yang menolak pemberian akal. Mengikut telunjuk-telunjuk puak-puak yang rakus bersertakan kepentingan. Ramai pemikir-pemikir mendakwa bahawa pemuda-pemudi bakal menerajui Negara. Mampukah generasi-generasi hafal dan skor membuktikannya? Bolehkah juga buah-buah catur di universiti menjadi pencatur Negara yang tulen?

Tambahan diingatkan juga, pensekularan ilmu dikalangan mahasiswa hebat melanda. Bukan sekadar pagar mengalang daripada seseorang daripada fakulti lain mempelajari dan berkongsi ilmu dari fakulti lain bahkan muncul pula paradigma yang seolah-olah hanya fakulti ini, fakulti yang beragama, fakulti lain sebaliknya. Gerakan-gerakan yang bermotifkan dakwah mula hilang gusi, bukan lagi taring. Cengkaman baru mula merebak tatkala kehidupan pelajar yang kian tercengkam. Muncul ‘AUKU-AUKU’ baru mengkakukan lagi gerakan-gerakan terbabit. Taklid mula diperturunkan, tentangan kepada memberi peluang penyuburan kelompok idealis dan inventor melakukan pengislahan sejajar tuntutan semasa yang membenarkan lagi kecantikan dalam keanjalan dakwah. Generasi-generasi penghafal mula mendominasi sambil menyisihkan generasi pemikir. Akibatnya, dakwah tidak ke mana, wujud kelompok eksklusif pantulannya warga kampus lain menolak kelompok ini dan membiarkan mereka syok sendiri.

Sedar, kita dilanda krisis. Kita dijelebukan serta disebatikan dengan topeng-topeng kepalsuan. Kembalilah renungi seadilnya hal-hal berkaitan asas dan norma kita samada menepati nilai sejagat kemanusian begitu juga menepati tuntutan Maha Pencatur (Allah).

No comments: